Khamis, 14 Februari 2013

Al kesah kampung Cangkat Tin

Mengikut cerita nya kampong ini terletak dalam daerah kinta. Asalnya adalah sebuah paya.Peneroka awal membuat rumah betul2 diatas air.Tiang dipacak setinggi 5 hingga 7 kaki.Kerja mereka adalah menangkap ikan,mencari rotan, dan lain2 hasil hutan.Penempatan awal penduduk kampong ini 2 kilometer dari penempatan hari ini.Sebuah tempat yang dipanggil rezab.Kampung ini mula dibuka pada sekitar tahun 40an.Jumlah penduduk pada masa itu tidak lebih pada 30 orang.kebanyakan rumah semuanya dibuat drpd kayu hutan dan beratapkan daun bertam. Kehidupan dikampung ini pada masa itu hanyalah bergantung penuh pada hasil alam semulajadi.Perlu diingat,asal mereka adalah dari kawasan Batu Gajah(ibu negeri Perak)jauhnya sekitar 30 kilometer,datang ke Cangkat tin untuk menerokai penempatan baru.Asal nama kampung cangkat tin ialah Kampung Kumpas Haluas dan selepas itu di tukar kepada Kampung Cangkat Petaling.Kedua-dua kampung tersebut sempena nama tumbuhan kawasan tersebut. Pada awal tahun 50an maka bermulalah era baru kampung tersebut.Pihak dari luar negara yang bernama Malayan tin Drigging(MTD),Anglo Oriental,Sungai Kinta Company(SKC),Lower Perak yang kesemua syarikat dari England menjalankan operasi cari gali bijeh timah.Daripada perkataan bijeh timah dalam bahasa melayu,manakala bahasa ingeris "TIN".Kira kampung cangkat tin ada unsur nama barat. Bermulanya era tersebut maka pelbagai perubahan telah berlaku.seperti jalanraya,bekalan eletrik,kedai2,pengangkuatan awam,sekolah,kelinik kesihatan....dan kalau nak di kesahkankan mungkin banyaklah perlu di .........sekitar cerita tahun 50an,60an,70an memang menyeronokan,sebab pada masa itu penduduk kampung cangkat tin telah menikmati pelbagai kemudahan moden sebagaimana kawasan bandar menikmatinya.Mungkin tahun 50an,60an dan 70an banyak tempat didaerah Perak dan seluruh negara masih mundur lagi,tetapi penduduk kampung cangkat tin telah pun menikmatinya.... Kalau nak kira pada masa sekarang...industri bijeh timah didaerah kinta sebagai pengeluar bijeh timah terbesar didunia.Hasil dari bijeh timah selain getah membiayai ekonomi Malaysia pada sekitar tahun berkenaan.Masa tu mana ada royalti macam terengganu dapat 5% dari petronas.Namun setelah industri bijeh timah merudum kampung cangkat tin turut sama hilang dari persada negara dan mata dunia.....nasib badannnnn...habis orang putih teroka maka datang pula saudagar tioanghua menjalankan industri melombong bijeh secara lombong tembak dan akhirnya terdapat berpuluh lombong sekitar kampong...habis hasil bijeh timah...melopong orang kampong cangkat tin...itu lah serba sedikit al kisah nya.....

Siapa Tok Teh?

Seorang pesara biasa dari Utara tanah air. Tujuan untuk menulis hanyalah tiada lain, sekadar untuk berkongsi pendapat di negara demokrasi ini.